NASIONALISME

KESEDARAN

Pernyataan masalah

Pada zaman kini, ramai rakyat telah hilang semangat nasionalisme dan perasaan cintakan negara. Kita hendaklah memberikan kesedaran kepada rakyat pada hari ini tentang asal usul semangat nasionalisme dan kepentingan semangat tersebut sehinggalah hari ini. Sejarah dunia telah memberikan kesan dan akibat kepada perubahan pemikiran dan tindakan rakyat tanah Melayu bagi mendapatkan kedaulatan tanah air.

Objektif kajian

Memahami maksud nasionalisme dengan lebih terperinci, latar belakang kemunculan nasionalisme di negara kita dengan lebih jelas dan memberikan peranan generasi muda dalam mengekalkan kedaulatan dan semangat nasionalisme di negara kita

Kaedah kajian

Kaedah pertama ialah melayari internet. Saya telah melayari Internet untuk mendapatkan maklumat dengan lebih mendalam. Saya telah memuat turut bahan yang berkaitan dengan nasionalisme sebagai rujukan tambahan. Seterusnya, kaedah yang kedua ialah audio visual. Saya telah menggunakan kaedah audio visual dengan melihat rakaman video tentang Nasionalisme. Dengan maklumat yang diperolehi dapat memantapkan lagi kajian yang dilakukan. Akhir sekali, kaedah pemerhatian. Saya telah menggunakan kaedah ini kerana saya telah memperoleh pengajaran  daripada guru sejarah saya.


MAKSUD NASIONALISME

Nasionalisme bermaksud perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara.Selain itu,ia juga bermaksud semangat kebangsaan  yang menjelaskan sikap dan pendekatan berkaitan dengan perjuangan menentang penjajahan serta pembelaan terhadap bangsa dan negara.Nasionalisme juga membawa maksud gerakan untuk mencapai kebebasan politik,ekonomi dan sosial daripada penguasaan orang asing.


PERKEMBANGAN NASIONALISME DI BARAT

1.Revolusi Keagungan(1688)

Revolusi Keagungan di England berlaku disebabkan oleh keinginan menegakkan kedaulatan parlimen hak asasi rakyat. Tercetusnya berikutan pemerintahan Raja James II membelakangkan parlimen semasa mengubal undang-undang. Ahli parlimen bangkit menentang raja berkuasa mutlak dengan sokongan Mary II dan suaminya, Raja William of Orange dari Belanda dan dikenali revolusi keagungan kerana peralihan kuasa berlaku secara aman tanpa pertumpahan darah. Semasa pemerintahan Mary II dan William of Orange konsep parlimen dan sistem raja berperlembagaan dimantapkan. Akhir sekali, Bill of Rights digubal untuk memberikan keutamaan kepada parlimen menggubal undang-undang dan hak mengutip cukai.

2.Revolusi Amerika(1776)

Reaksi orang Amerika menentang penjajahan British disebabkan oleh tindakan British tidak melindungi hak penduduk Amerika. Terdapat 13 buah tanah jajahan British, penduduk Amerika menentang akta yang diperkenalkan untuk memungut cukai di jajahan tersebut seperti Akta Pelayaran , Akta Gula, Akta Setem dan Akta Teh. Penduduk tanah jajahan di Amerika melaungkan slogan "tiada cukai tanpa perwakilan". Menubuhkan kogres diketuai oleh George Washington dan mengisytiharkan perang terhadap British untuk memperjuangkan kemerdekaan Amerika. Kongres meluluskan Perisytiharan Kemerdekaan Amerika berakhir apabila British mengakui kemerdekaan Amerika dan 13 buah bekas tanah jajahan digabungkan dan diberikan nama baharu sebagai Amerika Syarikat dan perkenalkan sistem demokrasi.

3.Revolusi Perancis(1789)

Tercetus daripada idea nasionalisme yang memperjuangkan kebebasan,persamaan dan persaudaraan oleh golongan pemikir Perancis seperti Jean Jacques Rousseau dan Voltaire. Rousseau telah menulis The Social Contract yang mengemukan keunggulan suara rakyat bagi menjamin kesejahteraan masyarakat. Suara rakyat digelar “ hasrat umum”. Menurut beliau, suara rakyat lebih tinggi dan penting daripada institusi raja dan birokrasi. Golongan evolusi menggempur penjara Bastile, membebaskan tahanan politik dan seterusnya menggulingkan Raja Louis XVI. Revolusi Perancis membawa keunculan Republik Perancis yang mengakkhiri sistem pemerintahan beraja di Perancis.


PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA

Nasionalisme di India

Nasionalisme di India merupakan reaksi penduduk tempatan terhadap dasar imperialisme British. Kebangkitan rakyat tempatan dalam Dahagi India 1857 merupakan titik tolak kepada perkembangan nasionalisme di India. Pada penghujung abad ke-19, perkembangan pendidikan Barat membawa kemunculan golongan intelektual yang memulakan gerakan nasionalisme lebih tersusun. Pada awal abad ke-20, muncul gerakan bersifat keras yang diketuai oleh nasionalis ratlikal seperti Bal Gangadhar Tilak dan Bipin Chandra Pal. Selepas Perang Dunia Pertama, INC memperlihatkan dasar tidak bekerjasama dengan British. Tindakan ini diterajui oleh Mahatrna Gandhi yane menjadikan satyagraha sebagai pegangan untuk menggerakkan nasionalisme di India. Selepas Perang Dunia Kedua, INC dan Liga Muslim membentuk jawatankuasa khas bagi merangka rancangan pembahagian India, iaitu negara India dan pakistan. Pakistan diumumkan sebagai negara merdeka dengan Muhammad Ali Jinnah sebagai Gabenor Jeneral Pakistan. India pula mengisytiharkan kemerdekaan pada 15 Ogos I947. Jawaharlal Nehru dilantik sebagai Perdana Menteri pertama India.

Nasionalisme di China

Nasionalisme di China bertujuan mengukuhkan peradaban China dalam kalangan orang Cina daripada ancaman penguasaan politik dan ekonomi oleh kuasa asing. Nasionalisme China bermula dengan penentangan terhadap kelemahan pemerintahan Dinasti Manchu yang dianggap sebagai orang luar dan kehilangan mandat. Masyarakat China turut hilang kepercayaan terhadap Dinasti Manchu yang gagal menghalang kemasukan pengaruh Barat. Tokoh yang mempelopori serakan kebangkitan rakyat di China ialah Dr. Sun Yat Serr. Beliau mengemukakan Tiga Prinsip Rakyat (San Min Chu-i) sebagai ideologi perjuangan iaitu nasionalisme, demokrasi dan kebajikan sosial. Prinsip tersebut menjadi asas kepada gerakan Revolusi China dan kemunculan pemerintahan republik di China.

Nasionalisme di Empayar Uthamniyah dan Mesir

Nasionalisme empayar Uthmaniyah dan Mesir lahir daripada kesedaran untuk mempertahankan sistem pemerintahan Islam dan agama Islam yang diancam oleh imperialisme Barat pada abad ke-19. Kesedaran tersebut mencetuskan gerakan Pan-Islamisme dan gerakan Islah.

1.Gerakan Islah

Gerakan Islah merujuk gerakan pemulihan Islam. Gerakan ini telah dipelopori oleh Sayyid Jamal al-Din al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh. Imperialisme Barat di Mesir menyebabkan berlakunya pertembungan kebudayaan antara Eropah Amerika dengan kebudayaan tempatan yang mengubah budaya dan tradisi kepercayaan masyarakat tempatan. Gerakan Islah menyeru umat Islam berpegang pada ajaran Islam yang sebenar berpandukan al-Quran dan Hadis serta memperbaik kehidupan masyarakat untuk melepaskan diri daripada penjajahan.

2.Gerakan Pan-Islamisme

Pada tahun 1883, Sayyid Jamal al-Din al-Afghani menubuhkan kumpulan yang diberikan nama al-Urwah al-Wuthqa (Ikatan yang Kuat). Kumpulan ini ditubuhkan untuk memperkuat rasa persaudaraan dan membawa umat Islam kepada kemajuan. Pertubuhan ini telah menerbitkan akhbar al-Urwah al-Wutlrya untuk menyebarkan idea Pan-Islamisme, iaitu seruan penyatuan persaudaraan umat Islam di seluruh dunia untuk bangkit menghalang peluasan kuasa Barat. Pada tahun 1914, empayar Uthmaniyah mengeluarkan fatwa menyeru umat Islam yang ditindas penjajah Barat bangkit berjuang bersama-sama dengan empayar Uthmaniyah. Pemerintah empayar Uthmaniyah, iaitu Khalifah Abdul Hamid II menggerakkan idea Pan-Islamisme ini. Gerakan ini mendapat sokongan umat Islam di seluruh dunia termasuklah Tanah Melayu. Contohnya, kebangkitan Tok Janggut menentang British di Kelantan pada tahun 1915.

Nasionalisme di Jepun

Nasionalisme di Jepun pula digerakkan oleh pemerintah Jepun disebabkan oleh kesedaran untuk mencapai kemajuan bagi mengelakkan ancaman imperialisme Barat. Maharaja Mikado Metji (1868) melancarkan gerakan pemulihan Jepun dengan menekankan pemodenan mengikut model Barat supaya Jepun dihormati oleh kuasa Barat. Prinsip dan semangat bushido dijadikan asas membina nasionalisme dalam kalangan rakyat dan pemerintah semasa era Pemulihan Meiji. Namun begitu, desakan ekonomi dan nasionalisme melampau oleh golongan tentera menjadikan Jepun sebagai kuasa imperialisme di Asia.


PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

Nasionalisme di Filipina

Muncul untuk menghapuskan penjajahan asing. Nasionalisme peringkat awal berbentuk Gerakan Propaganda yang dipimpin oleh Jose Rizal. Gerakan ini menuntut Filipina dijadikan sebahagian daripada Sepanyol. Kegagalan Propaganda mencetuskan idea nasionalisme yang lebih radikal. Bonifacio menubuhkan Katipunan untuk memperoleh kemerdekaan. Katipunan gerakan revoluisoner menggunakan akhbar Kalayan untuk menyebar idea revolusi. Usaha untuk menyingkirkan Sepanyol gagal. Alguinado bekerjasama dengan Amerika Syarikat dan berjaya mengusir Amerika Syarikat

Nasionalisme di Burma Myammar

Nasionalisme di Burma ialah manifestasi perjuangan golongan kelas menengah, sami Buddha (pongyi)' Thakin (siswazah universiti) dan golongan petani menentang imperialisme British. Digerakkan oleh golongan kelas pertengahan berpendidikan Barat. Mereka menubuhkan persatuan Belia Budha untuk mengekalkan tradisi Buddha dan menggunakan isu kasut untuk membangkitkan nasionalisme. lsu yang berkaitan dengan bangsa Burma mula diperjuangkan. Menjelang tahun l920, Revolusi Pelajar menuntut penubuhan universiti untuk mereka. Golongan sami Buddha seterusnya menubuhkan Majlis Am Sangha Samagyi dan mencetuskan Pemberontakan Saya San (1930-1932). Pemberontakan yang diketuai oleh Saya San, iaitu bekas pongyi mendapat sokongan golongan petani yang terbeban dengan pelbagai jenis cukai. Perkembagan nasionalisme berikutnya dipengaruhi oleh pengenalan Perlembagaan Burma 1935 yang memisahkan Burma dengan India. Perlembagaan tersebut merangsang perjuangan ke arah berkerajaan sendiri. Golongan Thakin rnenubuhkan Parti Do Bama Asiayone (Kami Orang Burma) untuk memperjuangkan kemerdekaan Burma. Dr. Ba Maw yang memenangi pilihan raya pada tahun 1937 kemudiannya dilantik sebagai Perdana Menteri yang pertama.

Nasionalisme di Vietnam

Perubahan sosiopolitik dan ekonomi selepas kedatangan Perancis membawa kepada kemunculan gerakan nasionalisme di Vietnam. Gerakan tersebut dipelopori oleh golongan mandarin yang memperjuangkan pemulihan sistem pemerintahan beraja. Akhbar Tribune Indige dan Cloche Felee menjadi saluran penyebaran idea golongan nasionalis yang mengkritik penindasan Perancis dan menuntut hak rakyat Vietnam. Selepas perang dunia pertama, gerakan nasionalisme di Vietnam bercorak revolusi dan didukung oleh dua aliran ideologi iaiti nasionalisme dan komunisme. VNQDD melancarkan pemberontakan untuk mengusir Perancis dan menubuhkan kerajaan republik Vietnam. Dengan menangkap pemimpin VNQDD dan menghukum bunuh Nguyen Thai Hoc. Dipimpin oleh Ho Chi Minh dan beliau mengisytiharkan kemerdekaan Republik Demokratik Vietnam di Hanoi. Beliau juga dilantik menjadi presiden pertama di Vietnam Utara. Namun,Vietnam Selatan berpusat di Saigon bawah pengaruh Perancis dan Amerika Syarikat dan penentangan diteruskan sehingga terbentuk Republik Vietnam pada tahun 1976.

Nasionalisme di Indonesia

Isu pendidikan yang bertujuan mengubah nasib rakyat Indonesia yang dijajah Belanda. Perjuangan tersebut dipelopori oleh Raden Adjeng Kartini yang berusaha memajukan pendidikan wanita Indonesia. Kandungan hasil karya beliau mendedahkan dasar diskriminasi Belanda yang menindas dan kemundurkan bangsa Indonesia kemudiannya, kemunculan pertubuhan Muhammadiyah lebih tersusun telah mengembangkan kesedaran nasionalisme di Indonesia. Pada tahun 1928, Kongres Pemuda Indonesia melahirkan ikrar "sumpah pemuda". Ikrar tersebut menjadi tonggak nasionalisme yang berasaskan satu tanah air, satu bangsa dan satu bahasa. Bertujuan meperkukuhkan perjuangan, Soekarno mempelopori pembentukan Permuafakatan Perhimpunan Politik Kebangsaan Indonesia dan permuafakatan ini gabungan organisasi dan parti politik memperjuangkan kemerdekaan Indonesia

Nasionalisme di Thailand

Bertujuan mempertahankan kedaulatan negara dan menuntut penglibatan rakyat dalam pemerintahan. Gerakan tersebut dipelopori oleh Raja Thailand, untuk itu Raja Mongkut telah membina hubungan baik dengan barat antaranya British , Amerika Syarikat dan Perancis. Raja Mongkut bawa masuk 80 orang penasihat Barat, kewangan, pelabuhan dan polis dari Britain, penasihat Kastam dari Amerika Syarikat serta penasihat ketenteraan dari Perancis. Tindakan tersebut telah membentuk imej Thailand sebagai negara yang bersahabat dengan Barat. Pemerintahan Raja Vajiravudh membawa kepada berlakunya gerakan nasionalisme dalam kalangan rakyat. Rakyat gelisah terhadap kelemahan pentadbiran baginda sehingga berlakunya penguasaan politik oleh kerabat diraja. Peristiwa tersebut telah menamatkan pemerintahan raja berkuasa mutlak dan membawa kepada pemerintahan raja berperlembagaan.


PERANG DUNIA PERTAMA

Perang dunia pertama berlaku dalam kalangan negara di Eropah termasuk empayar Uthmaniyah. Antara faktor yang mencetuskan Perang Dunia Pertama ialah Persaingan Kuasa Imperialis. Perkara Revolusi Industri menyebabkan berlaku persaingan dalam kalangan kuasa imperialis di Eropah. Mereka bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan bagi memperoleh bahan mentah seperti arang batu, petroleum dan biji timah serta memasarkan hasil industri. Persaingan tersebut membawa permusuhan antara kuasa imperialis di Eropah seperti Perancis dan Jerman. Faktor yang kedua ialah pakatan ketenteraan. Permusuhan antara kuasa Eropah membawa pembentukan pakatan ketenteraan seperti pakatan Kuasa Tengah, dan Pakatan Bertiga. Kewujudan pakatan ketenteraan menyebabkan ketidakstabilan politik berterusan di Eropah. Seiring dengan persaingan mendapatkan tanah jajahan, negara dalam pakatan turut bersaing menghasilkan senjata moden dan sedia berperang bagi mempertahankan kepentingan masing-masing. Faktor terakhir ialah krisis rantau balkan. Krisis di rantau Balkan berlaku akibat permusuhan Austria-Hungary dengan Serbia. Austria-Hungary menuduh Serbia menghasut rakyat Austria berketurunan Serb supaya berjuang membebaskan diri daripada pemerintahan Austria-Hungary. Kemuncak krisis Balkan ialah pembunuhan Archduke Ferdinand, Putera Mahkota Austria-Hungary dan isterinya Sophie oleh seorang pemuda Serbia. Peristiwa tersebut menjadi sebab Eropah terjerumus dalam kancah Perang Dunia Pertama. Perang Dunia Pertama berakhir dengan Persidangan Damai Paris. Persidangan Damai Paris diadakan pada 18 Januari 1919 untuk membincangkan syarat perdamaian selepas perang. Syarat ini bertujuan memastikan Jerman tidak lagi menjadi ancaman kepada keamanan di Eropah. Persidangan tersebut melahirkan Deklarasi 14 Perkara Woodrow Wilson, iaitu cadangan Presiden Amerika Syarikat sebagai asas perdamaian. Deklarasi ini merangkumi dua prinsip utama, iaitu penentuan nasib negara oleh rakyat sendiri dan sempadan negara berasaskan bangsa. Ia juga berakhir dengan Perjanjian Versailles. Perjanjian Versailles ditandatangani antara Pakatan Bertiga dengan Jerman pada 28 Jun 1919. Perjanjian Versailles juga menetapkan penubuhan Liga Bangsa-Bangsa untuk menggalakkan keamanan dan kerjasama antarabangsa


PERANG DUNIA KEDUA

Perang Dunia Kedua (1939-1945) berlaku di dua moden pertempuran, iaitu di Eropah dan Asia Pasifik. Peperangan di Eropah tertumpu di negara Eropah dan utara Afrika manakala peperangan di Asia Pasifik pula tertumpu di Tanah Besar Asia dan Kepulauan Asia Tenggara. Peperangan melibatkan dua pakatan iaitu Kuasa Paksi dan Kuasa Bersekutu

Faktor-faktor yang mencetuskan Perang Dunia Kedua

1. Kelemahan Perjanjian Versailles

> Dalam Perang Dunia Pertama, negara-negara yang kalah dalam perang khasnya Jerman dituduh memulakan peperangan dan dikenakan pelbagai denda dan sekatan yang berat

> Jerman berpendapat bahawa perjanjian ini berat sebelah dan tidak adil kerana:

Jerman dipaksa membayar pampasan atau ganti rugi perang yang banyak. Jerman kehilangan banyak wilayah dan tanah jajahan kepada Perancis dan Poland. Wilayah Saar yang kaya dengan arang batu diduduki oleh Perancis. Zon bebas tentera diwujudkan di Rhineland, iaitu satu wilayah yang terletak di antara Jerman dan Perancis. Jerman dilarang menempatkan tentera mereka di sini. Angkatan tentera laut dan udara Jerman telah dikurangkan dan dihadkan. Kesannya, Jerman hampir muflis. Rakyat Jerman pula berasa tertindas dan tercabar dengan syarat-syarat Perjanjian Versailles.

> Selain itu, Itali yang menang dalam Perang Dunia Pertama turut berasa tidak puas hati dengan Perjanjian Versailles kerana pampasan yang diterima oleh Itali tidak sebanyak yang diterima oleh Perancis dan Poland.

> Tambahan pula, Itali tidak diberi sebarang wilayah baru sebaliknya Perancis dan Britain mendapat wilayah yang luas

2. Kemunculan Benito Mussolini fahaman Fasisme:  

> Penglibatan Itali dalam Perang Dunia Pertama dilihat sebagai satu usaha pemimpinnya untuk mendapatkan lebih banyak tanah jajahan bagi menampung rakyatnya yang semakin bertambah.

> Cita-cita Itali tidak tercapai dalam Perang Dunia Pertama kerana ganjaran yang diperolehi tidak seberapa berbanding Britain dan Perancis.

> Gerakan politik bersifat radikal bermula di Itali apabila Benito Mussolini menubuhkan Parti Fasis pada Mac 1919 di Milan.

> Parti Fasis memperoleh sokongan dari semua lapisan masyarakat Itali.

> Pada tahun 1922, Parto Fasis di bawah Benito Mussolini berjaya mengambil alih teraju kerajaan (melalui rampasan kuasa) dan menubuhkan kerajaan Fasis.

> Semua parti lain di Itali telah dibubarkan dan Itali diletakkan di bawah pemerintahan satu parti sahaja iaitu Parti Fasis.

> Mussolini menjadi Perdana Menteri dan muncul sebagai pemerintah dictator di Itali. Dengan itu, cabinet dan kerajaan tempatan dihapuskan.

> Mussolini telah mengambil langkah menguatkan angkatan tenteranya bagi mengembalikan kegemilangan Itali semasa empayar Rom dahulu.

> Selain itu, beliau turut membangunkan Itali semula dan memulihkan kembali ekonomi Itali melalui beberapa langkah yang radikal. Beliau cuba mengembalikan maruah bangsa Itali dengan meluaskan tanah jajahannya seperti menyerang dan menguasai Habsyah (Ethiopia) di Timur Laut Afrika pada tahun 1935. Seterusnya menguasai Albania pada tahun 1939. Akhirnya Itali menyertai Perang Dunia Kedua di pihak kuasa-kuasa Paksi pada tahun 1940 iaitu berpakat dengan Jerman.

3. Kemunculan Adolf Hitler dan fahaman Nazisme:

> Orang Jerman berasa bahawa mereka tidak diberi layanan yang adil dan berperikemanusiaan melalui Perjanjian Versailles.

> Keadaan kemelesetan ekonomi yang semakin meruncing pada tahun 1930 orang Jerman amat memerlukan seorang pemimpin yang berwibawa mengembalikan kekuatan Jerman .

> Dalam keadaan ekonomi, politik dan sosial yang runcing inilah munculnya seorang wira Jerman , Adolf Hitler.

> Hitler membuat tuntutan terhadap hak-hak Jerman di Eropah.

> Jerman berjanji tidak akan mengancam kedaulatan Czechoslovakia tetapi akhirnya menguasai Czechoslovakia pada awal tahun 1939.

> Rancangan Jerman untuk menyerang Poland menimbulkan kebimbangan pihak Britain dan Perancis.

> Britain dan Perancis pula berjanji akan membantu serta melindungi Poland sekiranya diserang oleh Jerman.

> Britain dan Perancis kemudiannya mengisytiharkan perang terhadap Jerman apabila tentera Jerman menyerang Poland pada 1 September 1939.

> Peristiwa ini telah mencetuskan Perang Dunia Kedua.

4. Kegagalan Liga Bangsa

> Perang Dunia Kedua dikatakan tercetus akibat kegagalan Liga Bangsa memainkan peranan selaku pertubuhan antarabangasa yang bertanggungjawab ke atas keselamatan dan keamanan sejagat.

> Liga Bangsa gagal menyekat pencerobohan yang dilakukan oleh kuasa-kuasa besar seperti Jerman dan Jepun.

> Kegagalan Liga Bangsa berfungsi dengan baik dilihat berpunca daripada keengganan kuasa-kuasa besar di dunia menyertainya.


KESIMPULAN DAN CADANGAN

Kesimpulannya, nasionalisme dapat menjadikan sikap mental dan tingkahlaku individu atau masyarakat yang merujuk kepada kesetiaan terhadap bangsa dan negaranya. Oleh itu, nasionalisme juga merupakan satu bangsa yang berada di bawah satu negara yang sama, agama ataupun golongan. Seperti yang kita tahu, Perang Dunia Pertama telah memberikan impak yang besar dalam sejarah dunia. Ia juga menyebabkan berlakunya masalah ekonomi, jumlah kematian dan kemusnahan harta benda. Seterusnya, Perang Dunia Kedua melibatkan lebih banyak negara dan kesan yang lebih dahsyat berbanding dengan Perang Dunia Pertama. Antara pencetus Perang Dunia Kedua adalah disebabkan sikap saling curiga, nasionalisme yang melampau dan persaingan yang tidak sihat terutama dalam bidang politik dan ekonomi. Akhir sekali, saya berharap negara kita akan terus aman dan saling bekerjasama antara satu sama lain. Oleh itu, kita perlulah memberi kesedaran kepada rakyat supaya semangat cintakan tanah air


SUMBER

1. Buku
Sejarah: Buku teks. (2009). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

2. Internet
Sejarah Nasionalisme di Dunia Islam. (2020, August 17). Retrieved from 
https://youtu.be/K7itVqCC7oQ
- Nasionalisme. (2020, November 04). Retrieved from 
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Nasionalisme


ESEI 

Bagaimana semangat tersebut telah mempengaruhi semangat nasionalisme di Asia
Tenggara.

Pada pendapat saya, semangat tersebut telah mempengaruhi semangat nasionalisme di Asia Tenggara dengan berlakunya apabila pengaruh luar menyemarakkan semangat kebangsaan dikalangan penduduk untuk menentang penjajahan. Dengan ini ia dapat mengaitkan dengan key concept change kerana perkembangan nasionalisme di Filipina muncul untuk menghapuskan penjajahan asing. Kegagalan gerakan Propaganda telah mencetuskan idea nasionalisme yang lebih berkesan. Menurut Dato' Onn Jaafar, kita hendaklah menzahirkan suatu bangsa yang lebih tegap dan kuat, boleh berdiri di atas tapak kaki kita sendiri dan mengambil tempat kita yang sebenar di sisi bangsa-bangsa lain yang tegap dan bersatu. Seterusnya, dengan kedatangan Perancis di Vietnam, mereka lebih bersemangat dan cenderung dalam memperjuangkan pemulihan sistem pemerintahan beraja. Ia juga boleh dikaitkan dengan pandangan tokoh Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim yang memberikan tafsiran dalam konteks Melayu sebelum merdeka, nasionalisme digunakan untuk merujuk perjuangan orang Melayu bagi mendapatkan kembali kedudukan unggul dalam negara sendiri.

Comments